Wednesday 9 December 2015

PERANCANGAN PELAN SEKOLAH RENDAH SESI 2016

Subhanallah banyak sungguh tugas kita dalam pemindahan ini, insyaAllah yakinlah perubahan tempat ini bakal meningkat pretasi/pencapaian kita semua agar lebih baik daripada sebelum ini.

Rabbuna Yusahhil, kepada Allah selayaknya kita pohon bantuan. Amin ya Allah.

Friday 18 September 2015

MAJLIS QURBAN & AQIQAH SEKOLAH RENDAH

Tarikh: 26 September 2015
Jumlah lembu: 2 Ekor
Warga sekolah & ibubapa dijemput hadir


FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PENGGAL KE-2

Berikut ialah format header dan footer kertas soalan peperiksaan penggal 2.

✏✏Header
Kedudukan: Sebelah kanan atas
Font : Times New Roman
Saiz: 10
Format:
SUBJEK(TAHUN 1)/PP2/OKT/2015
Cth: SAINS(TAHUN 4)/PP2/OKT/2015

✏✏Footer
Kedudukan: Sebelah kanan bawah
Font : Times New Roman
Saiz: 10
Format:
NAMA GURU/2015

✏✏Muka surat
Kedudukan: Bawah di tengah-tengah
Font : Times New Roman
Saiz:10

σ€ŠFont dan saiz tulisan utk soalan, mengikut ketetapan oleh ketua panitia masing-masing

πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’
Diharapkan semua ketua panitia memastikan guru pembuat soalan membuat soalan mengikut format yang telah ditetapkan dan menyiapkan soalan mengikut tarikh yang telah diberikan.

πŸŒ€Ada pembetulan kedudukan header dan footer. Maaf atas kesilapan.

Wallahualam.
Semoga Allah mempermudahkan semua urusan

Thursday 17 September 2015

PENTAKSIRAN KEDUA KONSTRUK SOLAT (IKHLAS)

🌺🌺 MAKLUMAN U.P.I🌺🌺
============================

Per: PENTAKSIRAN KEDUA KONSTRUK SOLAT (IKHLAS)

πŸ“ Assalamualaikum..

Diharap kerjasama para mentor untuk menyerahkan buku PKPIM kepada murid2 bagi tujuan yang tersebut di atas selewat-lewatnya esok. Surat makluman akan diedarkan esok kepada murid2 dari kelas ke kelas insyaAllah. Harap maklum.

Wassalam.

Wednesday 9 September 2015

KEJOHANAN CATUR TERBUKA AL-AMIN 2015

Alhamdulillah sebentar tadi berlaku perbincangan antara wakil pihak GEMA, En Faisal bersama muallim Zulhafifi & muallimah Kasni berkenaan penganjuran program berikut disekolah, kertas kerja telah diberikan & selanjuntnya adalah gerak kerja pihak sekolah dalam 2 perkara ini:

1. Menjadi tuan rumah kepada program ini
2. Mencari peserta dikalangan sekolah rangkaian
3. Membantu mendapat perincian pengurusan Sewaan Tapak Khemah bagi gerai.

Monday 31 August 2015

SISTEM PEMENGGALAN WAKTU (Sumber DBP)

1  Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59

2  Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59

3  Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59

4  Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59

5  Pagi - dari pukul 1.00 hingga 11.59

Diharap semua warga pendidikan yang menyediakan buku program, kertas kerja, laporan, surat, tentatif atur cara majlis, minit mesyuarat, penulisan RPH dan dokumen-dokumen lain dapat menggunakan sistem pemenggalan waktu ini dengan betul.

'Biasakan yang betul, betulkan yang biasa'

Terima kasih.

ABDUL RAHMAN JURI
Munsyi DBP