Thursday 25 June 2015

KELAS BAHASA ARAB KALI KE-2 BAKAL DIANJURKAN

Makluman lanjut akan diberikan daripada semasa ke semasa

MUTABAAH KURUKULUM IKRAM MUSLEH 2 JULAI


8.30 pagi

Sesi 1:
Taklimat ringkas bersama Pengetua/Guru Besar dan Penolong Kanan Kurikulum
.
8.45 pagi
Sesi 2:
Merangkumi
i. Pembentangan dokumen/pentaksiran kendiri serta evidens oleh Pengetua atau Guru Besar  dan Penolong Kanan Kurikulum.
ii. Perbincangan kekuatan/kelemahan pengurusan pelaksanaan kurikulum.
iii. Perbincangan bantuan yang diperlukan oleh sekolah untuk meningkat prestasi pelaksanaan kurikulum dan kesannya ke atas pembentukan diri pelajar.

* Pengetua dan Guru Besar mesti terlibat dalam sesi ini.

10.00 pagi
Sesi 3:
Pencerapan  guru
i. Perlu mencerap seorang guru dari bidang Akademik (fokus AMK) dan seorang dari bidang Syariah(fokus Penghayatan).
 ii. Perlu juga fokus pada KBAT dalam kedua-dua P&P.
iii. Oleh lerana keterbatasan masa, dicadangkan dicerap guru yang mengajar satu waktu sahaja supaya boleh dicerap keseluruhan P&P.

11.30 pagi
Sesi 4:
Maklum balas pencerapan.
i.                   Mendapat maklum balas refleksi guru tentang P&Pnya  yang telah di cerap.
ii.                  Perbincangan maklumbalas bersama guru, Penolong Kanan Kurikulum dan lain-lain pegawai yang relevan.

12.30 tgh
Sesi 5:
Penutup
i. Kesimpulan dan pemakluman prestasi keseluruhan (bukan bintang/gred ) kepada Guru Besar/ Pengetua.
ii. Cadangan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menambahbaik pelaksanaan kurikulum sekolah.

 Bersurai



TUGASAN TADARUS KAKITANGAN DAN GURU DI BULAN RAMADAN

Alhamdulillah pembahagian tugasan tadarus telah diberikan, semoga semua memberi kerjasama menyempurnakan tugasan ini.

IFTAR PIBG SEKOLAH 3 JULAI

SEMUA GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH DIJEMPUT HADIR BERSAMA SEISI KELUARGA

SUMBANGAN BAJU BATIK UNGU KEPADA SEMUA STAF SEKOLAH

Mewakili guru & kakitangan sekolah rendah, kami mengucapkan Jazakumullah khairan kathira kepada pengurusan syarikat yang memberi baju ini secara percuma. Selain baju bagi kakitangan perempuan, tudung juga telah disediakan bagi memudahkan urusan pemakaian baju batik ini.

Semoga baju ini dimanfaatkan oleh semua guru dan kakitangan dengan memakainya pada hari khamis setiap minggu.

Bertambang anggun dan kacak guru dan kakitangan sekolah, alhamdulillah.

PROGRAM KARNIVAL SUKAN SRI MGBSIM KALI KE-6

KARNIVAL SUKAN SRI MGBSIM KALI KE-6 – 1 JUN HINGGA 3 JUN 2015
BIL
NAMA
JAWATAN
1
AHMAD FADHLI MOHD FAUDZI
PENASIHAT
2
NIK SITI LAILAWATI BINTI NIK MAT
PENGARAH
3
ZUL-HAFIFI HAFEZ BIN AZIZ
KETUA KONTINJEN SEKOLAH
4
NOOR HAFIZAH BINTI P ROMLEE
AJK PENDAFTARAN
5
JULIANA HANIM BINTI OTHMAN
AJK PENDAFTARAN
6
LINA MUNIRA BINTI MUSTAFA
AJK PENDAFTARAN
7
NORFASIHA IRZAITI BINTI JOHAN
AJK PENGINAPAN
8
ZIRAWATUL ‘AIN BINTI HELMI REFA’AT
AJK MAKANAN DAN KEBAJIKAN
9
NOR ‘ATIKAH BINTI ISMAIL
AJK MAKANAN DAN KEBAJIKAN
10
SHAMSUL ADZURI BIN RAMLY
AJK MAKANAN DAN KEBAJIKAN
11
NOR AFZAN BINTI NOR OZMAN
AJK PENGANGKUTAN
12
NOR KAMILAH BINTI ABDUL LATIF
AJK HADIAH
13
NOR FAUZANI BINTI MOHD APANDI
AJK HADIAH
14
ABDUL RAHMAN NAUFAL BIN HATTA
AJK TARBIYAH
15
MUHD FADZIL BIN ABDUL RAHIM
AJK FOTOGRAFI DAN TEKNIKAL
16
AHMAD ZUHAIR BIN ROSLAN
AJK FOTOGRAFI DAN TEKNIKAL
17
IMADUDDIN BIN ZAINAL ARIFIN
AJK KARNIVAL FUTSAL
18
LUQMAN HAKIM BIN PATTHI
AJK KARNIVAL FUTSAL
19
NUR HAFIDAH BINTI MOHD. SADRI
AJK KARNIVAL BADMINTON
20
‘IZZUDDIN HUSAINI BIN ZAKARIA
AJK KARNIVAL BADMINTON
21
AHMAD SHAUQI BIN HAJI AZMI
AJK KARNIVAL MEMANAH
22
FADZILAH BINTI JAMALUDIN
AJK KARNIVAL MEMANAH
23
HAZWAN BIN AWANG SENIK
GURU PENGIRING PESERTA DI SMAP KAJANG
24
SITI KHAIRIAH BINTI ABU HASSAN
GURU PENGIRING PESERTA DI AL-AMIN GOMBAK
25
NOR FARAHUDA BINTI NAHAR
GURU PENGIRING PESERTA DI AL-AMIN KL
26
KASNI BINTI AMING
GURU PENGIRING PESERTA DI AL-AMIN WANGSA MAJU


GURU YANG TERLIBAT DENGAN KURSUS KENAIKAN PANGKAT TKRSM SEKOLAH RENDAH

KURSUS KENAIKAN PANGKAT TKRSM – 15 MAC HINGGA 19 MAC 2015

BIL
NAMA
TUGASAN
1
HAZWAN BIN AWANG SENIK
PESERTA KURSUS KENAIKAN PANGKAT LEFTENAN MUDA
2
MOHD SAMAN BIN ESA
PESERTA KURSUS KENAIKAN PANGKAT LEFTENAN MUDA
3
ZANUARA BINTI MAT SIDIK
PESERTA KURSUS KENAIKAN PANGKAT LEFTENAN MUDA
4
SITI NABILAH BINTI OTHMAN
PESERTA KURSUS KENAIKAN PANGKAT LEFTENAN MUDA
5
RAIDAH BINTI AHMAD@YUNUS
PESERTA KURSUS KENAIKAN PANGKAT LEFTENAN MUDA
6
ZUL-HAFIFI HAFEZ BIN AZIZ
GURU PENGIRING PESERTA KURSUS KENAIKAN PANGKAT SARJAN
7
WAN MOHD HAZIQ BIN WAN ABD HALIM
GURU PENGIRING PESERTA KURSUS KENAIKAN PANGKAT SARJAN
8
SITI KHAIRIAH BINTI ABU HASSAN
GURU PENGIRING PESERTA KURSUS KENAIKAN PANGKAT SARJAN
9
SITTI RUZAINI BINTI ABDUL HAMID
GURU PENGIRING PESERTA KURSUS KENAIKAN PANGKAT SARJAN

Tuesday 23 June 2015

PERUBAHAN WAKTU KERJA PADA HARI JUMAAT & JADUAL TAZKIRAH JUMAAT

Alhamdulillah mulai semester 2 ini, guru-guru dan kakitangan dikehandaki hadir seawal 7.30 pagi dan perlu ikuti sesi Tazkirah pagi jumaat.
Masa: 7.30-7.50 pagi
Penceramah: Disenaraikan
Tempat: Dataran sekolah

Berikut disertakan jadual pentazkirah sepanjang semester 2 2015

Mudir Mohd Hasni Mohamed 19 Jun
Mudir Ahmad Fadhli Mohd Faudzi 26 Jun

Muallim Shamsul Adzuri 3 Julai
Muallim Abdullah M. Daud 10 Julai
Muallim Hilmi 24 Julai
Muallim Imaduddin 31 Julai

Muallim Abdullah Samsuddin 7 Ogos
Muallim Zulkefli 14 Ogos
Muallim Waqiuddin 21 Ogos
Muallim Osman Zawawi 28 Ogos

Muallim Mohd Fadzil Abdul Rahim 4 September
Muallim Ammar Izzat b Kamaruddin 11 September
Muallim Raisul Fadla 18 September

Muallim Zaim 2 Oktober
Muallim Hazim 9 Oktober
Muallim Haziq 16 Oktober
Muallim Luqman Patthi 23 Oktober
Muallim Luqman Abdul Rashid 30 Oktober

Semoga Allah memberi ruang kita hadir & mendapat ilmu daripada Raudhah/Taman-taman Ilmu yang bakal kita sertai, Aminnnn...

Monday 22 June 2015

RENCANA PUASA 4

درڤد أبو هريرة رضي الله عنه
سبدا رسول الله صلى الله عليه وسلم
"Apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah kamu melafazkan perkataan yang tidak baik, dan yang tidak berhikmah atau kurang elok daripada perkataan, mahupun perbuatan. Apabila seseorang menceritakan atau hendak berkelahi dengannya, maka dia hendaklah mengatakan: 'sesungguhnya aku berpuasa'."
(حديث رواية مسلم)

RENCANA PUASA 3





درڤد أبو هريرة رضي الله عنه
سبدا رسول الله صلى الله عليه وسلم
"Telah datang bulan Ramadhan, bulan keberkatan. الله عز وجل telah memfardhukan ke atas kamu puasa. Dibuka pintu² langit, dan ditutup pintu² neraka, syaitan dibelenggu, di sisi الله adanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang terhalang kebaikannya, maka dia tidak memperolehinya."
(حديث رواية امام النسائي)

RENCANA PUASA 2

Tazkirah Ramadan oleh Ustaz Khairul Anuar

Tajuk 5M

1) Muhasabah

Menilai kelemahan dan kekurangan amalan lalu meningkatkan amalan dalam Ramadan yg penuh kelebihan dan keberkatan.

2) Muraqabah

Mendekatkan diri kepada Allah dengan memastikan amalan yg terbaik dan berkualiti

3) Mujahadah

Kesungguhan dan perancangan yg baik dalam memastikan amalan yang banyak dan berkualiti.

4) Musaraah

Bersegera dalam melakukan amal kebaikan kerana kita tidak pasti bila kematian menjelma

5) Munafasah

Berlumba melakukan ibadah..cemburu melihat orang lain lebih banyak beramal.

RENCANA PUASA 1

Bab Puasa:-

Niat Puasa - "Shj aku bpuasa pd esok hari dlm menunaikan fardu bulan Ramadan pd thn ini krn Allah Taala"

🔐Syarat Wajib Puasa:-
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (x musafir)
6. Suci (dr haid & nifas)

🔭Syarat Sah Puasa:-
1. Islam
2. Berakal & mumayyiz
3. Suci (dr haid & nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadan

🔬Rukun-rukun Puasa:-
1. Org yg puasa
2. Berniat
3. Menahan diri drp pkr2 yg mbatalkan puasa

💝Perkara Yg Membatalkan Puasa:-
1. Makan & minum dgn sengaja
2. Memasukkan dgn sengaja benda ke dlm rongga yg terbuka
3. Muntah dgn sengaja
4. Keluar haid & nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dgn sengaja
8. Bersetubuh (siang hari )

🌼Perkara Sunat Ketika Puasa:-
1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dgn kurma / juadah manis
3. Baca doa
4. Melambatkan bersahur
5. Banyakkan baca Al-Quran, berzikir, berselawat & mbuat amal kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauh dr percakapan yg sia-sia & perbuatan yg tidak mbawa manfaat
8. Mandi junub lebih awal sblm masuk waktu subuh

🌵Makruh Ketika Puasa:-
1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dlm rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yg berlebihan
6. Rasa makanan dihujung lidah

🌷Golongan Yg Wajib Qada' Puasa:
1. Org sakit yg ada harapan sembuh
2. Org yg musafir (bukan krn maksiat)
3. Org yg kedatangan haid & nifas
4. Org yg meninggalkan niat puasa
5. Org yg sengaja melakukan pkr2 yg membatalkan puasa
6. Org yg pitam / mabuk
7. Org yg sangat lapar & dahaga


🍀Mereka Yg Dikenakan Membayar Fidyah Puasa:-
1. Mereka yg tidak dapat mengqada'kan puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua - (fidyahnya : 1 cupak beras utk setiap hari yg ditinggalkan di samping mengqada' puasa) bg setahun tertinggal.
Kalau tidak diqada' sehingga melampaui 2 tahun maka dikenakan 2 cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan)
2. Org sakit yg tidak ada harapan sembuh
3. Org yg terlalu tua & tidak terdaya berpuasa
4. Org yg ada qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. ( fidyah dibuat oleh kerabat si mati / diambil drp harta pusakanya )
5. Perempuan yg mengandung / yg menyusukan anaknya perlu mengqada puasa & membayar fidyah 1 cupak beras bg setiap hari yg ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa krn bimbangkan anaknya. Tetapi sekiranya dia takut mudarat pd dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya.

Kifarat Bersetubuh di Bulan Ramadan:
* Org yg bersetubuh pd siang hari bulan Ramadan, maka kedua2 suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan & suami wajib membayar kifarat (denda) spt:-
1. Memerdekakan seorg hamba mukmin L / P. (sekiranya tidak mampu)
2. Berpuasa 2 bulan berturut2 tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3. Memberi makan kpd 60 org fakir/ miskin.


Bgmnpun, jika persetubuhan itu dilakukan krn terlupa, jahil tentang haramnya / dipaksa ke atasnya tidaklah wajib kifarat.

🍄Tingkatan Puasa:-
1. Puasa Umum - sekadar menahan makan, minum & keinginan berjimak
2. Puasa Khusus - memelihara mata, telinga, lidah, tangan & kaki drp melakukan dosa selain menahan diri drp pkr2 di atas
3. Puasa Khusus al-Khusus - merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dgn puasa hati drp semua keinginan lahir & batin.

🌱Mereka Yg Dibenarkan Meninggalkan Puasa
1. Org yg hilang daya upaya spt sakit yg apb berpuasa akan menambahkan keuzuran
2. Org musafir
3. Org yg terlalu tua & amat lemah
4. Org yg tersangat lapar & dahaga
5. Perempuan hamil / menyusukan anaknya yg apb berpuasa boleh memudaratkan diri / anak yg disusui itu.

Selamat Beribadah di Bulan Ramadan