Thursday 2 July 2015

MAJALAH SEKOLAH DAN PERSIAPANNYA



Alhamdulillah sidang redaksi majalah sekolah sedang giat menyiapkan draf pertama majalah sekolah.

Adalah diharapkan semua warga sekolah dapat bersama membantu memudahkan urusan unit Penerangan & Majalah Sekolah.

Selari dengan usaha ini juga ini, tahniah kepada guru-guru penasihat Kelab Wartawan Muda yang berjaya menerbitkan Buletin Sekolah edisi 1 pada tahun ini yang memasukan informasi-informasi yang sangat menarik & bermanfaat.

Tarikh: 29 Jun (Isnin)
Tahniah  di atas perbincangan daripada pihak AJK majalah sekolah bersama Mudir & GPK HEM.

Beberapa perkara yang telah diputuskan bersama ialah
1. Sesi Fotografi gambar tahun ini akan diadakan pada 14-18 September iaitu ada minggu ke 34
2. Notis makluman akan diberikan kepada Unit, panitia, Kelab, persatuan, Seni pertahankan diri, wakil PIBG, penyelaras TKRS, UPP,  serta bahagian yang berkenaan bagi urusan laporan & gambar yang telah dikemaskini
3. Jadual tindakan akan diedarkan berkenaan fotografi & gerak kerja guru akan diedarkan agar tiada yang terlepas pandang sesi-sesi penting dalam menjayakan majalah sekolah
4. Telah diputuskan majalah
🍀1st Draf akan disiapkan pada 1 Julai
🍀Final Draf  pada 9 July
🍀Tarikh Akhir Iklan & Tajaan muka surat akan tamat pada 21 Julai (sekarang bermula sesi dapatkan tajaan & iklan bagi yang berminat)
🍀Hantar Printing 7 Ogos
🍀Dijangka siap 28 Ogos

5. Akan diedarkan memo bagi undian nama Majalah sekolah kita yang telah disenarai pendek:
a. Fitrah Aulad
b. Sri Fitrah
c. Tunas Fitrah
d. Kalam Fitrah
e. Nur Fitrah
semua guru, ahli lembaga & pengurusan syarikat layak untuk mengundi.

No comments:

Post a Comment