Wednesday 9 December 2015

PERANCANGAN PELAN SEKOLAH RENDAH SESI 2016

Subhanallah banyak sungguh tugas kita dalam pemindahan ini, insyaAllah yakinlah perubahan tempat ini bakal meningkat pretasi/pencapaian kita semua agar lebih baik daripada sebelum ini.

Rabbuna Yusahhil, kepada Allah selayaknya kita pohon bantuan. Amin ya Allah.

Friday 18 September 2015

MAJLIS QURBAN & AQIQAH SEKOLAH RENDAH

Tarikh: 26 September 2015
Jumlah lembu: 2 Ekor
Warga sekolah & ibubapa dijemput hadir


FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PENGGAL KE-2

Berikut ialah format header dan footer kertas soalan peperiksaan penggal 2.

✏✏Header
Kedudukan: Sebelah kanan atas
Font : Times New Roman
Saiz: 10
Format:
SUBJEK(TAHUN 1)/PP2/OKT/2015
Cth: SAINS(TAHUN 4)/PP2/OKT/2015

✏✏Footer
Kedudukan: Sebelah kanan bawah
Font : Times New Roman
Saiz: 10
Format:
NAMA GURU/2015

✏✏Muka surat
Kedudukan: Bawah di tengah-tengah
Font : Times New Roman
Saiz:10

σ€ŠFont dan saiz tulisan utk soalan, mengikut ketetapan oleh ketua panitia masing-masing

πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’
Diharapkan semua ketua panitia memastikan guru pembuat soalan membuat soalan mengikut format yang telah ditetapkan dan menyiapkan soalan mengikut tarikh yang telah diberikan.

πŸŒ€Ada pembetulan kedudukan header dan footer. Maaf atas kesilapan.

Wallahualam.
Semoga Allah mempermudahkan semua urusan

Thursday 17 September 2015

PENTAKSIRAN KEDUA KONSTRUK SOLAT (IKHLAS)

🌺🌺 MAKLUMAN U.P.I🌺🌺
============================

Per: PENTAKSIRAN KEDUA KONSTRUK SOLAT (IKHLAS)

πŸ“ Assalamualaikum..

Diharap kerjasama para mentor untuk menyerahkan buku PKPIM kepada murid2 bagi tujuan yang tersebut di atas selewat-lewatnya esok. Surat makluman akan diedarkan esok kepada murid2 dari kelas ke kelas insyaAllah. Harap maklum.

Wassalam.

Wednesday 9 September 2015

KEJOHANAN CATUR TERBUKA AL-AMIN 2015

Alhamdulillah sebentar tadi berlaku perbincangan antara wakil pihak GEMA, En Faisal bersama muallim Zulhafifi & muallimah Kasni berkenaan penganjuran program berikut disekolah, kertas kerja telah diberikan & selanjuntnya adalah gerak kerja pihak sekolah dalam 2 perkara ini:

1. Menjadi tuan rumah kepada program ini
2. Mencari peserta dikalangan sekolah rangkaian
3. Membantu mendapat perincian pengurusan Sewaan Tapak Khemah bagi gerai.

Monday 31 August 2015

SISTEM PEMENGGALAN WAKTU (Sumber DBP)

1  Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59

2  Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59

3  Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59

4  Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59

5  Pagi - dari pukul 1.00 hingga 11.59

Diharap semua warga pendidikan yang menyediakan buku program, kertas kerja, laporan, surat, tentatif atur cara majlis, minit mesyuarat, penulisan RPH dan dokumen-dokumen lain dapat menggunakan sistem pemenggalan waktu ini dengan betul.

'Biasakan yang betul, betulkan yang biasa'

Terima kasih.

ABDUL RAHMAN JURI
Munsyi DBP

Thursday 27 August 2015

WALIMAH MUALLIM IZZUDDIN & MUALLIMAH FASIHAH

Tahniah Muallim Izzuddin & Muallimah Fasihah, semoga Allah permudahkan urusan penikahan ini & memelihara antum dalam Rahmat & Kasih Sayang Allah taala.

Tahniah juga buat Muallim Hazwan (Pengapit), Muallim Afiq & Muallim Fadli Mk yang terpilih sebagai saksi kepada bakal pengantin ini. Semoga Allah berkati.

Teman-teman muallim-muallimah sekalian, minta simpan tarikh berikut:
11 September 2015, Jumaat Sesi Akad Nikah
12 September 2015, Sabtu Majlis Walimah Keluarga Fasihah
17 Oktober 2015, Sabtu Majlis Walimah Keluarga Izzuddin





MUKHAYYAM KHARIJI: PERSIAPAN COMPASS ORIENTEERING

Kem lubuk manggis, buat trek compass orienteering tahun 5 pada 23 Ogos 2015, Ahad.
Mulai jam 9.00 pagi.
Jam selesai 12.00 tengah hari. Tahniah pokchu.








Thursday 20 August 2015

MEMO LADAP GURU

PERKARA: PERSIAPAN KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) MUALLIM MUALLIMAH SRI AL-AMIN BANGI
TARIKH: 21 OGOS 2015 JUMAAT

πŸ’Berikut beberapa persiapan yang diperlukan oleh para muallim dan muallimah bagi memastikan kelancaran program LADAP kali ini:
1. Guru telah merujuk pautan http://muallim2u.blogspot.com/2015/08/sri-al-amin-bangi-ambil-inisiatif-anjur.html

2. Membawa bersama borang Jadual Spesifikasi Ujian (jsu) / Jadual Penentu Ujian (jpu) Subjek bagi setiap panitia. (disediakan oleh Panitia)

3. Silibus subjek masing-masing dan tidak bertembung subjek atau tahun yang sama bagi setiap guru. Diminta Ketua Panitia menyusun guru-guru dalam panitia berdasarkan subjek dan kelas yang berkenaan.
(Contohnya: Muallim Ahmad Fadhli-TKRS Darjah 5, jadi muallim Zul Hafifi walaupun mengajar TKRS Darjah 5 boleh bawa silibus & buat JSU subjek/darjah yang lain)

4. Guru subjek perlu mensasarkan topik  serta bentuk soalan bagi silibus subjek untuk dibuat soalan peperiksaan akhir tahun (Peperiksaan Penggal 2 ) 2015

5. Guru diminta merujuk set soalan peperiksaan akhir tahun 2014 bagi subjek masing-masing bagi tujuan analisa (Indeks Kesukaran Soalan)- Pihak UPP akan bantu untuk sediakan salinan

CADANGAN PENAMBAHAN INFRA KEMUDAHAN PERMAINAN BERMANFAAT DI RUANG TEMPAT MENUNGGU KANOPI

πŸ’Berikut cadangan dibawah kanopi utk kegunaan anak-anak yang tunggu masa balik.
Cadangan dan sumbangsaran guru/ kakitangan bagi penambahan kemudahan, jenis permainan & perkara yang boleh ditambah.

➡ Utk projek dbwh canopy telah ada cadangan untuk:-
1. Tambah 3 unit rak beg
2. Letak meja ping pong utk kemudahan murid
3. Susun bangku dan batu longkang untuk diduduk
4. Alatan permainan indoor beserta rak simpanan
5. Tambahan 1 unit canopy lagi jika projek ini berkesan
6. Tapak permainan teng-teng

LAPORAN RINGKAS LATIHAN KEBAKARAN #1 (2015)

Masa Loceng Dibunyikan : 10 pagi

Kelas Pertama tiba: Darjah  1

Kelas Terakhir Tiba: Darjah 6

Tempoh Masa Pengosongan Premis / Bangunan : 6 minit 10 saat

Masa Tamat Latihan : 10.22 pagi

Kemalangan / Kecederaan : 4 murid 'rentung' (Murid didapati kembali ke kelas mereka)

Jazakumullah khair atas kerjasama semua pihak

MEMO LATIHAN KEBAKARAN SRI AL-AMIN BANGI 1

Berikut adalah makluman Latihan Kebakaran 1 yang akan diadakan pada :

πŸ’¦Jumaat
πŸ’¦21 Ogos 2015
πŸ’¦10.00 pagi
πŸ’¦Semua kakitangan sekolah, pihak pengurusan, staf, guru & pelajar SRI terlibat

Langkah-Langkah :
πŸš’Siren kecemasan dibunyikan
πŸš’Pelajar beratur di luar kelas
πŸš’Pintu kelas ditutup
πŸš’Semua kakitangan, guru, pelajar bergerak ke padang mengikut laluan plan kebakaran
πŸš’Guru kelas membuat semakan kedatangan pelajar
πŸš’Taklimat ketua insiden (Muallim Abdullah)
πŸš’Bersurai

Anggaran masa 30 minit

Kerjasama semua amat dihargai. Jazakumullah khairan kathira..


URUSAN TEMPAT DEWAN & BILIK SEMINAR LUAR SEKOLAH

1. PURI PUJANGGA, UKM BANGI
Bilik Seminar-Pujangga muat 60 orang
RM72 each (2 kali makan & all in tempat)
RM44.50 each (sarapan pagi sahaja)
RM60.10 each (makan tengah hari sahaja)
RM450 (sewaan LCD)
RUJUKAN: http://www.puripujangga.com.my/meetings.html
PERHUBUNGAN: Pn  Asnaniar 012-9191 553 atau pejabat 03-8922 2891

2. DEWAN TENGKU ZARA, JALAN REKO
PERHUBUNGAN: En Amir 012-322 82222

3. DEWAN MASJID HASANAH
PERHUBUNGAN:

4. DEWAN KOLEJ KERIS MAS
(Wajib ambil Katerer Kolej untuk sewaan tempat)
Prof Madya Dr Muhammad Hussien, Pengetua
PERHUBUNGAN: Pn Suhaida 03-8921 4289 suhaida_3690@yahoo.com

5. DEWAN KWSP
RM3200 termasuk kerusi meja
RM600 Bilik Seminar
RM450 sewaan LCD
RM50 pakej 3 kali makan
Pn Azahmona Abu Nasir, 03-8921 0354

6. DEWAN TUN SALLEH ABBAS
Bahagian Hartanah, Kolej Keris Mas

7. BILIK SEMINAR SURAU AL-KAUSTAR
http://suraukauthar.blogspot.com/
Tn Hj Nadzri b Daud, Pengerusi Surau +60 13-286 0879, P
Tn Hj Ridzuan b Harun 019-234 7101


8. KPI BANGI, SEKSYEN 16 (sebelah Maybank Bangi)
03-8925 8694
03-8912 6567

9. STADIUM UKM BANGI
Pusat Sukan UKM
En Shawal 03-8921 3071

10. SRA Sg Tangkas
Ust Zulkifle
Ustazah Samsiah

11. DEWAN BLOK C, AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN, AADK
Yang Di Pertua
Kelab Kebajikan dan Sukan AADK
Agensi Antidadah Kebangsaan
Jalan Maktab Perguruan Islam
43000 Kajang, Selangor
(U.P: En Zainuddin b Abdullah)

Pn Munirah/ En Azad, Tel: 03-8911 2546, Faks: 03-8926 2055

Wednesday 19 August 2015

BLOG PANITIA SAINS

BLOG PANITIA SAINS SEKOLAH:
http://panitiasainsalaminbangi.blogspot.com/




NOTA SAINS D1:
http://lovechinesechai.blogspot.com/p/1-nota.html

SEMBANG-SEMBANG SUKARELAWAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Alhamdulillah telah berlangsung pertemuan sukarelawan perpustakaan dikalangan ibubapa pada hari ini.
Tarikh: 20 Ogos 2015
Tempat: Pusat Sumber sekolah

Semoga mencetus perubahan yang baik

 

PERBINCANGAN MEJA BULAT PENYEDIAAN KELAS ABAD KE 21 BANGUNAN 8 TINGKAT

Rujuk pautan berikut: http://muallim2u.blogspot.com/2015/07/bangunan-baru-sekolah-rendah-2017.html

Tarikh: 19 Ogos 2015 (Rabu)
Masa: 9.30-11.00 malam

πŸ’Kenapa mesyuarat ini?
Pihak sekolah ingin mendapatkan input berkenaan polisi KPM berkenaan spesifikasi infrastruktur kelas alaf abad ke 21 bagi tujuan layout bangunan baru nanti. J
Sehubungan itu, sumbangsaran pengisian & kemudahan untuk kelas ini sangat diperlukan.

Hasil Mesyuarat:







SUSUN ATUR KELAS ABAD KE 21










Monday 17 August 2015

SRI AL-AMIN BANGI AMBIL INISIATIF ANJUR LADAP FOKUS KEPADA PEMBINAAN ITEM SOALAN DAN KEPENTINGAN KBAT DALAM PDP

Merujuk Takwim persekolahan berikut peringatan mesra makluman Program Pembangunan Guru:-

KURSUS GURU: Pembinaan Item Soalan dan Kepentingan KBAT dalam PdP
TARIKH: 22 Ogos 2015 (Sabtu)
MASA:8.00 pagi-1.30 tengah hari
TEMPAT: Bilik Seminar Surau, Al-Kauthar, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi


http://suraukauthar.blogspot.com/


Objektif:
1-Satu kursus professionalisma guru dalam meningkat mutu PDP guru terutamanya dalam penyediaan kertas soalan berdasarkan silibus yang telah ditetapkan.

2- Memberi kemahiran guru menilai & membuat soalan berdasarkan aras-aras (mudah, sederhana, sukar) yang bersesuaian dengan keperluan subjek.

3-Memberi pendedahan guru kepada aras HOTS/LOTS dalam menjayakan KBAT bagi pembelajaran masakini dan bagaimana untuk diterapkan dalam PDP mereka.

4-Melakukan plan tindakan persiapan para guru menyiapkan kertas soalan yang berkualiti bagi peperiksaan penggal 2 & akan dipantau oleh mentor yang ditentukan.

8.00 pagi Ketibaan
8.15 pagi Pembukaan Majlis & alu-aluan
8.30 - 10.30 pagi Slot 1
10.30 - 11.00 pagi Rehat
11.00-12.00 tengah hari slot 2
12.00-1.00 petang Bengkel
1.30 petang Makan tengah hari/ bersurai

Kehadiran:
Total Guru: 61
Guru yang hadir Kursus Kaunseling UKM=5 org
Guru yang terlibat dalam Kem Bahasa Arab=4 org
Guru yang akan hadir kursus LADAP di sekolah=52
Guru yang tidak dapat hadir dengan surat tunjuk sebab= tiada makluman
Guru yang akan hadir kursus: 61/61



Nota 1
PEMBINAAN ITEM SOALAN UJIAN, PEPERIKSAAN (MEASUREMENT AND ASSESSMENT IN  SCHOOL)
Pertimbangan utama dalam membina item soalan ujian dan peperiksaan ialah dari segi keakuran dengan sukatan pelajaran. Tujuannya ialah supaya item yang diuji itu turut akur dengan peluang kepada calon untuk mengemukakan jawapan. Secara lebih mudah, calon diuji berdasarkan perkara yang dipelajari, bukan perkara yang tidak dipelajari, atau di luar jangkauan mereka.

Ujian dan peperiksaan ialah alat pengukuran dan penilaian terhadap pencapaian murid dalam proses pembelajaran. Dalam kata lain, sesuatu piawai atau penanda aras proses pelaksanaan kurikulum dapat digunakan untuk membezakan murid cemerlang, sederhana dan penguasaan minimum. Selanjutnya, langkah campur tangan (intervensi) dalam bilik darjah dapat direka bentuk dengan lebih tepat.

Pengukuran per se ialah pentaksiran bersifat formatif. Maklum balas pencapaian objektif pembelajaran diperoleh semasa aktiviti bilik darjah atau kursus sedang berjalan. Soalan lisan, kuiz bertulis dan ujian pengesanan (diagonistik) yang ditadbirkan bukan bertujuan untuk merekodkan markah atau gred pencapaian, sebaliknya hanya untuk membantu proses penambahbaikan.

Apabila pengukuran disekalikan dengan penilaian, item ujian dan peperiksaan yang ditadbirkan berdasarkan tempoh pembelajaran yang tertentu dikenali sebagai pentaksiran sumatif. Maka, reka bentuk pembinaan item pentaksiran mesti melalui satu proses tapisan yang ketat dan tidak boleh sesekali bersifat spontan. Individu atau panel yang diberi tanggungjawab membina item pentaksiran perlu akur kepada tatacara pentaksiran yang khusus supaya alat ujian yang ditadbir kelak memiliki kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Di peringkat sekolah, reka bentuk pentaksiran peringkat tertinggi akan ditentukan oleh mesyuarat jawatankuasa kurikulum sekolah sebelum dipanjangkan kepada panitia mata pelajaran. Jadual Penentuan Ujian akan menjadi panduan asas untuk penyediaan item soalan. Bidang tajuk yang diuji akan diselaraskan jika terdapat lebih daripada seorang guru mengajar mata pelajaran yang sama.

Aras kesukaran soalan dan indeks diskriminasi item perlu direka bentuk dengan teliti bagi tujuan pemisahan gred antara calon cemerlang, sederhana dan penguasaan minimum. Memandangkan di peringkat sekolah, gred pencapaian telah ditetapkan berasaskan julat dan skor markah tertentu, maka pendekatan yang lebih konservatif adalah lebih selamat. Guru harus mengambil kira data kiraan kepala (head count), nilai lepas landas (take off value, TOV), dan jangkaan pencapaian sasaran (expected target result, ETR).

Hakikatnya proses pembinaan item soalan ujian dan peperiksaan ialah perkara serius dan tidak boleh dilakukan secara sambil lewa. Walaupun sudah biasa dengan penyediaan item pentaksiran berasaskan sekolah sejak mula bertugas, ulang kaji tentang proses dan tatacara pembinaan item ini tidak boleh sama sekali diabaikan. Kesibukan guru dengan pelbagai aktiviti kurikulum, kokurikulum, pengurusan, peningkatan profesionalisme dan kegiatan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan sedikit sebanyak akan memberi tekanan kepada guru untuk menyediakan item ujian yang mantap dan signifikan.

Jalan keluar untuk tanggungan beban kerja bersendirian ialah permuafakatan dan kerja berpasukan. Pihak panitia mata pelajaran boleh mengambil daya usaha menganjurkan bengkel bank soalan pada awal tahun supaya semua item ujian, sama ada bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun dapat dibereskan tanpa bertangguh. Peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing benar-benar menjadi pegangan dalam dunia  pendidikan.
Rujukan:
http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2012/05/pembinaan-item-soalan-ujian-peperiksaan.html

Nota 2

Pembinaan Item
KONSEP PENGUJIAN
1. Satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkahlaku sesorang
2. Ujian - satu set atau tugasan yang memerlukan seseorang bertindak balas

TUJUAN PENGUJIAN
(a) Mengesan hasil pembelajaran yang patut dikuasai
(b) Mengesan kemajuan yang telah diperolehi
(c) Menentukan penempatan murid ikut kebolehan
(d) Tindakan susulan yang boleh diambil oleh guru dan murid dalam proses p&p

PRINSIP PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN
(a) Tentukan tujuan ujian
(b) Tentukan isi kandungan ujian
(c) Membentuk Jadual Penentuan Ujian
(d) Menulis item/soalan
(e) Menyemak item/soalan
(f) Tadbirkan ujian

Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU)
1. Pengukuran adalah satu proses yang penting ketika membuat sesuatu penilaian khususnya dalam proses p&p
2. Alat pengukuran yang kurang berkualiti akan menghasilkan penilaian yang meragukan
3. Pembinaan JPU untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh dipercayai

Jadual Penentuan Ujian (JPU)
(a)Dikenali juga sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU)
(b)Satu blue print ujian / test specification
(c)Satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran
(d)Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan
(e)Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian
(f)Membantu penggubal membina item soalan

Tujuan JPU
(a)Ujian tidak dibina secara sembarangan
(b)Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian
(c)Panduan kepada penggubal soalan
(d)Menstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa
(f)Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang

Penggubal JPU
(a)Guru-guru yang mengajar mata pelajaran
(b)Penggubal kurikulum dan sukatan pelajaran

Ciri-ciri Utama JPU
(a)Ada tajuk yang hendak diuji
(b)Senaraikan aras kemahiran yg hendak diuji
(c)Paksi menegak mengandungi tajuk yang hendak diuji dan paksi mendatar , jenis kemahiran yang diuji
(d)Gambaran tentang bilangan soalan dan aras kesukaran dalam satu ujian
(e)Merangka secara nyata bidang yang akan diuji

Langkah-langkah Pembinaan JPU
(a)Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji
(b)Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran
(c)Bina carta dua hala
(d)Tentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiran
(e)Tentukan bilangan item soalan mencukupi untuk mengukur pencapaian murid
(f)Semak semula jenis item/soalan yang telah ditetapkan samada menepati kehendak objektif kurikulum

DIMENSI DALAM JPU
1. Kandungan ujian – berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan, meliputi
i – skop atau kedalamannya
ii – bilangan item untuk setiap tajuk
iii – wajaran

2. Kemahiran – meliputi aras kemahiran yang diuji ( selalunya menggunakan teksonomi Bloom)

3. Jenis dan jumlah item – berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang mengambil ujian, jenis soalan ( samada item objektif, struktur atau esei ) dan aras kesukaran

4. Wajaran – peratusan item ikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk

5.Dalam konteks pendidikan di Malaysia kebanyakan ujian bilik darjah adalah berbentuk pencapaian iaitu ujian untuk menentukan setakat mana murid telah menguasai apa yang telah diajar. Oleh itu ujian mestilah bersifat ‘representative’ kurikulum sekolah

6. Aktiviti - Berdasarkan mata pelajaran tertentu bina JPU untuk ujian bulanan, ujian akhir semester dan ujian akhir tahun

Jenis Item Ujian
(a)Ujian objektif

(b)Ujian subjektif / esei

Item Ujian Objektif
(a)Calon dibekalkan dengan satu tugasan berstruktur yang menghadkan tindak balas dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas (respons) yang tepat
(b)Jawapan pendek berbentuk perkataan, angka atau frasa.
(c)Hanya satu jawapan yang betul
(d)Mengikut Gronlund ujian terbahagi kepada item yang memerlukan calon membuat pilihan yang diberi dan memberi jawapan yang diperlukan

Jenis-jenis item ujian objektif
(a)Item pilihan jawapan bebas
(b)Item pilihan jawapan tetap

Item pilihan jawapan bebas
(a)Memerlukan murid memberi jawapan bukan memilih jawapan yang diberikan
(b)Soalan boleh berbentuk soalan atau pernyataan tergantung
(c)Soalan berbentuk item jawapan pendek atau item melengkapkan
(d)Arahan yang diberi seperti isikan tempat kosong dengan …lengkapkan pernyataan berikut

contoh
Item jawapan pendek
i. Tuliskan dengan perkataan nombor 23
ii. Siapakah empat golongan yang dikecualikan daripada kewajipan
menunaikan solat Jumaat?
i. ____________
ii. ____________
iii. ____________
iv. ____________
Item jawapan melengkapkan
i. Haiwan yang memakan daging dinamakan __________
ii Tuliskan nama tarian tradisional negeri berikut
a. Johor __________
b. Perlis __________

Item pilihan Jawapan Tetap
(a)Item betul/salah
(b)Item memadankan
(c)Item pengelasan
(d)Item susun semula
(e)Item aneka pilihan

Item Aneka Pilihan
(a)Bentuk soalan
(b)Ayat tidak lengkap
(c)Jenis jawapan terbaik
(d)Jenis negatif
(e)Interpretif
(f)Cantuman

Soalan Objektif Aneka Pilihan
Mengandungi dua bahagian
- Stem – pokok soalan / tugasan soalan
- Opsyen - pilihan jawapan yg diberi
Pilihan mengandungi :
Kunci – jawapan yang betul
Pengganggu (distracktor) – bukan jawapan
Contoh: Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses
A pemeluwapan
B penyulingan
C pendidihan
D elektrolsis
Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses – stem
A,B,C,dan D – opsyen
A,B, dan C – pengganggu
D - jawapan

Stem Soalan
(a)Mungkin dalam bentuk soalan atau ayat tidak lengkap
(b)Jelas tugasan yang diperlukan/yang perlu dijawab oleh calon
(c)Tidak mengandungi sebarang bayangan (clues) jawapan
(d)Tidak mengandungi maklumat yang tidak berkaitan dengan tugasan soalan

Opsyen, Pengganggu dan Kunci
(a)Pilihan jawapan sama dengan stem soalan
(b)Tiap pengganggu mempunyai hubungan atau seragam
(c)Elakan memberi bayangan
(d)Elakan guna perkataan seperti semua di atas, tiada satu pun
(e)Elak mengulang maklumat yang sama
(f)Pastikan satu sahaja jawapan
(g)Susun kunci secara rawak dan bilangan seimbang untuk tentukan A,B,C/D

Jenis soalan Aneka pilihan - Bentuk soalan
Setiap pokok soalan berbentuk soalan diikuti dengan beberapa pilihan jawapan hanya satu daripada pilihan itu betul
Contoh:
Apakah alat yang digunakan untuk menentukan pH tanah?
A Ammeter
B Voltmeter
C Meter pH
D Multi meter

Ayat tidak lengkap
Setiap ayat yang tidak lengkap diikuti dengan beberapa pilihan. Satu sahaja pilihan yang betul.
Contoh :
Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah Melayu pada zaman
penjajahan British memberi kesan terhadap
A kemasukan buruh asing beramai-ramai
B industri membuat kereta berkembang pesat
C migrasi penduduk dari luar bandar ke badar
D industri perlombongan bijih timah berkembang pesat

Jenis Jawapan Terbaik
Setiap pokok soalan diikuti dengan beberapa pilihan. Semua pilihan ada kebenarannya tetapi bukan semuanya tepat. Hanya satu sahaja pilihan yang paling tepat atau terbaik
Contoh:
Apakah cara pemarkahan yang paling sesuai untuk memastikan ujian tersebut
mempunyai unsur keobjektifan yang tinggi?
A. Memeriksa soalan demi soalan
B Menanda kertas jawapan dengan berhati-hati
C memeriksa kertas jawapan demi kertas jawapan
D Menanda kertas jawapan berdasarkan Peraturan Memberi Markah

Soalan Item Negatif
Kesemua pilihan adalah betul keuali satu yang salah. Yang salah inilah yang tidak dikehendaki. Pokok soalan biasanya mengandungi perkataan seperti ‘kecuali’, ‘yang tidak benar’, ‘bukan’, dan ‘tidak’
Contoh:
Kelebihan ujian bentuk objektif adalah seperti berikut kecuali
A sesuai digunakan untuk ujian sumatif
B dapat menguji bidang kognitif yang lebih tinggi
C jawapan dapat diterima dengan cepat, tepat dan objektif
D boleh menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan fahaman
dengan berkesan

Soalan Item Interpretif
Soalan adalah berdasarkan rangsangan yang mungkin berupa peta, gambar rajah, jadual, graf atau petikan karangan
Contoh:
Berdasarkan rajah1 di atas, X adalah merujuk kepada
A internet
B perdagangan
C telekomunikasi
D pengangkutan

Jenis Cantuman/Gabungan
Soalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul. Murid dikehendaki mencantumkan jawapan menjadi satu sahaja jawapan yang betul
Contoh:
Antara berikut, manakah alat pengangkutan jalan air pada zaman dahulu?
I. Jong
II. Rakit
III. Perahu
IV. Kapal layar
A. I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


Cara Menulis item Aneka Pilihan
(a)Pokok soalan boleh ditulis dalam bentuk pertanyaan, atau ayat tidak lengkap
(b)Soalan hendaklah ringkas tetapi padat
(c)Pilihan jawapan juga perlu ringkas
(d)Pilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam struktur atau bentuk yang sama
(e)Pilihan jawapan tidak bertindih atau diulang
(f)Elakkan daripada menggunakan pilihan jawapan, semua di atas, tiada satu pun yg betul
(g)Pokok soalan tidak membayangkan jawapan

Aras Item Objektif
1. Item-item objektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza

2. Mengikut Bloom Teksonomi ada 6 aras, iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintisis dan penilaian.

Rujukan:
http://ulangkajiptk.blogspot.com/2010/06/pembinaan-item.html


Nota 3: 
Rujuk pautan dibawah

Pembinaan Item Ujian 1,
http://www.ipda.edu.my/OUMazman/Topic4.pdf

Pengukuran Pengujian,
http://amaljaya.com/guru/PengukuranPengujian/JPU.pdf

Pembinaan Item Ujian 2,
https://cikguamirul.files.wordpress.com/2011/08/pembinaan_item_ujian1.pdf

Ciri-ciri soalan item KBAT
http://babab.net/out/ciri-ciri-soalan-item-kbat.html

Thursday 9 July 2015

PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA 2015

Tarikh: 31 Julai 2015
Tempat: Dataran & Kantin Sekolah
Anjuran: Panitia Pendidikan Sains Sosial
Tema: Aidilfitri Dirai, Bersyukur pada Ilahi, Menambah Taqwa di Hati.

Program: 
  1. Persembahan Murid
  2. Pertandingan Mengayam Ketupat
  3. Jamuan Hari Raya
  4. Ucapan Hari Raya dari Mudir
  5. Pertandingan Busana Raya 

PROGRAM MINGGU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

Minggu Ke 27
Tarikh: 27 -31 Julai 2015

Aktiviti Minggu Matematik


SESI FOTOGRAFI PENGURUSAN SEKOLAH RENDAH 2014

Sesi fotografi akan diadakan  pada:

Hari: Isnin
Tarikh: 13 julai 2015
Pakaian: baju korporat kelabu

PANDUAN SOLAT JENAZAH

Innalillahi wa inna ilahi rajiun, begitulah ungkapan apabila kita mendengar kematian saudara-saudara kita.

Berikut disertakan panduan solat jenazah bagi persiapan kita mengingati kematian dan akan bertemui ilahi.
Tarikhnya kematian yang belum diketahui lagi harus disiapkan dengan membiasakan dengan menunaikan solat Jenazah. 

Persediaan solat jenazah:
  • Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.
  • Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
  • Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
  • Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan.
Cara solat jenazah:
1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.


2. Mengangkat takbir pertama (Ψ§َ Ω„Ω„Ω‡ُ Ψ§َΩƒْΨ¨َΨ±ُ) berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.
3. Mengangkat takbir kedua (Ψ§َ Ω„Ω„Ω‡ُ Ψ§َΩƒْΨ¨َΨ±ُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut.


 Dibolehkan juga untuk hanya menyebut:
 Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad
.
 4. Mengangkat takbir ketiga (Ψ§َ Ω„Ω„Ω‡ُ Ψ§َΩƒْΨ¨َΨ±ُ) kemudian membaca doa seperti berikut.


Dibolehkan juga membaca ini:
Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.

5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir (Ψ§َ Ω„Ω„Ω‡ُ Ψ§َΩƒْΨ¨َΨ±ُ) kemudian membaca doa berikut.


6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
Selesai beri salam, kita bolehlah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.
Rujukan:

http://syahirul.com/panduan-solat-jenazah/

Tuesday 7 July 2015

RANGKAIAN SEKOLAH-SEKOLAH MUSLEH

RANGKAIAN SEKOLAH-SEKOLAH MUSLEH
A)Sekolah Rendah

1.SRI Al-Azhar, Jitra, Kedah
2.SRI Al-Islah, Sg Petani, Kedah
3.SRI Al-Itqan, Bayan Lepas, P. Pinang
4.Sekolah Tahfiz Islah, Tok Bedu, P. Pinang
5.SRI Al-Furqan, Kuala Kangsar, Perak
6.SRI Al-Hidayah, Ipoh, Perak
7.SRI Al Hidayah, Seri Iskandar, Perak
8.SRI Al-Amin, Gombak, Selangor
9.SRI Al-Amin,Taman Keramat, Kuala Lumpur
10.SRI Al-Amin Bangi, Selangor
11.SRI Al-Amin Kuching, Sarawak
12.SRI Hira', Klang, Selangor
13.SRI As-Saidiyyah, Seremban, Negeri Sembilan
14.SRI Hidayah, Johor Bharu
15.SRI Aman Kota Bharu, Kelantan
16.SRI Al-Amin Kuala Terengganu, Terengganu
17.SRI Al-Amin Dungun, Terengganu
18.SRI Al-Amin, Kemaman, Terengganu
19.SRI Al-Amin, Kerteh, Terengganu
20.SRI Al-Amin WP@Wangsa Maju
21.SRI Aman, Wakaf Bharu, Kelantan
22.Sri i-Musleh, Melaka
23.SRI Al-Amin Paya Besar, Kuantan
24.SRI Al-Amin Nilai
25.SRI Al-Amin Cheras Selatan
26.SRI Aman Machang, Kelantan

B)Sekolah Menengah

1.SMI Al-Azhar, Jitra, Kedah
2.SMI Al-Islah, Sg Petani, Kedah
3.SMI Al-Itqan, Pulau Pinang
4.SMA Tahfiz Islah, Tok Bedu, P. Pinang
5.SMI Al-Hidayah, Ipoh, Perak
6.SMI Al-Amin, Gombak, Selangor
7.SMI Hira', Jeram, Selangor
8.SMI Al-Amin, Bangi, Selangor
9.Maahad Tahfiz As-Saidiyyah, Seremban, Negeri Sembilan
10.SMI Hidayah, Johor Bharu
11.SMI Aman, Kota Bharu, Kelantan
12.SMI Al-Amin, Kemaman, Terengganu
13.SMI Al Amin Bestari d'Merlimau, Melaka

SEKOLAH RAKAN IKRAM-Musleh

Sekolah Rendah
1.SRI Irshad, Kuantan, Pahang
2.SRI Intergrasi Al-Furqan, Shah Alam, Selangor 

Sekolah Menengah
1.SMI Irshad, Kuantan, Pahang
2.Maahad Tahfiz Al-Furqan, Shah Alam, Selangor