Monday 17 August 2015

SRI AL-AMIN BANGI AMBIL INISIATIF ANJUR LADAP FOKUS KEPADA PEMBINAAN ITEM SOALAN DAN KEPENTINGAN KBAT DALAM PDP

Merujuk Takwim persekolahan berikut peringatan mesra makluman Program Pembangunan Guru:-

KURSUS GURU: Pembinaan Item Soalan dan Kepentingan KBAT dalam PdP
TARIKH: 22 Ogos 2015 (Sabtu)
MASA:8.00 pagi-1.30 tengah hari
TEMPAT: Bilik Seminar Surau, Al-Kauthar, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi


http://suraukauthar.blogspot.com/


Objektif:
1-Satu kursus professionalisma guru dalam meningkat mutu PDP guru terutamanya dalam penyediaan kertas soalan berdasarkan silibus yang telah ditetapkan.

2- Memberi kemahiran guru menilai & membuat soalan berdasarkan aras-aras (mudah, sederhana, sukar) yang bersesuaian dengan keperluan subjek.

3-Memberi pendedahan guru kepada aras HOTS/LOTS dalam menjayakan KBAT bagi pembelajaran masakini dan bagaimana untuk diterapkan dalam PDP mereka.

4-Melakukan plan tindakan persiapan para guru menyiapkan kertas soalan yang berkualiti bagi peperiksaan penggal 2 & akan dipantau oleh mentor yang ditentukan.

8.00 pagi Ketibaan
8.15 pagi Pembukaan Majlis & alu-aluan
8.30 - 10.30 pagi Slot 1
10.30 - 11.00 pagi Rehat
11.00-12.00 tengah hari slot 2
12.00-1.00 petang Bengkel
1.30 petang Makan tengah hari/ bersurai

Kehadiran:
Total Guru: 61
Guru yang hadir Kursus Kaunseling UKM=5 org
Guru yang terlibat dalam Kem Bahasa Arab=4 org
Guru yang akan hadir kursus LADAP di sekolah=52
Guru yang tidak dapat hadir dengan surat tunjuk sebab= tiada makluman
Guru yang akan hadir kursus: 61/61



Nota 1
PEMBINAAN ITEM SOALAN UJIAN, PEPERIKSAAN (MEASUREMENT AND ASSESSMENT IN  SCHOOL)
Pertimbangan utama dalam membina item soalan ujian dan peperiksaan ialah dari segi keakuran dengan sukatan pelajaran. Tujuannya ialah supaya item yang diuji itu turut akur dengan peluang kepada calon untuk mengemukakan jawapan. Secara lebih mudah, calon diuji berdasarkan perkara yang dipelajari, bukan perkara yang tidak dipelajari, atau di luar jangkauan mereka.

Ujian dan peperiksaan ialah alat pengukuran dan penilaian terhadap pencapaian murid dalam proses pembelajaran. Dalam kata lain, sesuatu piawai atau penanda aras proses pelaksanaan kurikulum dapat digunakan untuk membezakan murid cemerlang, sederhana dan penguasaan minimum. Selanjutnya, langkah campur tangan (intervensi) dalam bilik darjah dapat direka bentuk dengan lebih tepat.

Pengukuran per se ialah pentaksiran bersifat formatif. Maklum balas pencapaian objektif pembelajaran diperoleh semasa aktiviti bilik darjah atau kursus sedang berjalan. Soalan lisan, kuiz bertulis dan ujian pengesanan (diagonistik) yang ditadbirkan bukan bertujuan untuk merekodkan markah atau gred pencapaian, sebaliknya hanya untuk membantu proses penambahbaikan.

Apabila pengukuran disekalikan dengan penilaian, item ujian dan peperiksaan yang ditadbirkan berdasarkan tempoh pembelajaran yang tertentu dikenali sebagai pentaksiran sumatif. Maka, reka bentuk pembinaan item pentaksiran mesti melalui satu proses tapisan yang ketat dan tidak boleh sesekali bersifat spontan. Individu atau panel yang diberi tanggungjawab membina item pentaksiran perlu akur kepada tatacara pentaksiran yang khusus supaya alat ujian yang ditadbir kelak memiliki kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Di peringkat sekolah, reka bentuk pentaksiran peringkat tertinggi akan ditentukan oleh mesyuarat jawatankuasa kurikulum sekolah sebelum dipanjangkan kepada panitia mata pelajaran. Jadual Penentuan Ujian akan menjadi panduan asas untuk penyediaan item soalan. Bidang tajuk yang diuji akan diselaraskan jika terdapat lebih daripada seorang guru mengajar mata pelajaran yang sama.

Aras kesukaran soalan dan indeks diskriminasi item perlu direka bentuk dengan teliti bagi tujuan pemisahan gred antara calon cemerlang, sederhana dan penguasaan minimum. Memandangkan di peringkat sekolah, gred pencapaian telah ditetapkan berasaskan julat dan skor markah tertentu, maka pendekatan yang lebih konservatif adalah lebih selamat. Guru harus mengambil kira data kiraan kepala (head count), nilai lepas landas (take off value, TOV), dan jangkaan pencapaian sasaran (expected target result, ETR).

Hakikatnya proses pembinaan item soalan ujian dan peperiksaan ialah perkara serius dan tidak boleh dilakukan secara sambil lewa. Walaupun sudah biasa dengan penyediaan item pentaksiran berasaskan sekolah sejak mula bertugas, ulang kaji tentang proses dan tatacara pembinaan item ini tidak boleh sama sekali diabaikan. Kesibukan guru dengan pelbagai aktiviti kurikulum, kokurikulum, pengurusan, peningkatan profesionalisme dan kegiatan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan sedikit sebanyak akan memberi tekanan kepada guru untuk menyediakan item ujian yang mantap dan signifikan.

Jalan keluar untuk tanggungan beban kerja bersendirian ialah permuafakatan dan kerja berpasukan. Pihak panitia mata pelajaran boleh mengambil daya usaha menganjurkan bengkel bank soalan pada awal tahun supaya semua item ujian, sama ada bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun dapat dibereskan tanpa bertangguh. Peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing benar-benar menjadi pegangan dalam dunia  pendidikan.
Rujukan:
http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2012/05/pembinaan-item-soalan-ujian-peperiksaan.html

Nota 2

Pembinaan Item
KONSEP PENGUJIAN
1. Satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkahlaku sesorang
2. Ujian - satu set atau tugasan yang memerlukan seseorang bertindak balas

TUJUAN PENGUJIAN
(a) Mengesan hasil pembelajaran yang patut dikuasai
(b) Mengesan kemajuan yang telah diperolehi
(c) Menentukan penempatan murid ikut kebolehan
(d) Tindakan susulan yang boleh diambil oleh guru dan murid dalam proses p&p

PRINSIP PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN
(a) Tentukan tujuan ujian
(b) Tentukan isi kandungan ujian
(c) Membentuk Jadual Penentuan Ujian
(d) Menulis item/soalan
(e) Menyemak item/soalan
(f) Tadbirkan ujian

Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU)
1. Pengukuran adalah satu proses yang penting ketika membuat sesuatu penilaian khususnya dalam proses p&p
2. Alat pengukuran yang kurang berkualiti akan menghasilkan penilaian yang meragukan
3. Pembinaan JPU untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh dipercayai

Jadual Penentuan Ujian (JPU)
(a)Dikenali juga sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU)
(b)Satu blue print ujian / test specification
(c)Satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran
(d)Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan
(e)Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian
(f)Membantu penggubal membina item soalan

Tujuan JPU
(a)Ujian tidak dibina secara sembarangan
(b)Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian
(c)Panduan kepada penggubal soalan
(d)Menstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa
(f)Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang

Penggubal JPU
(a)Guru-guru yang mengajar mata pelajaran
(b)Penggubal kurikulum dan sukatan pelajaran

Ciri-ciri Utama JPU
(a)Ada tajuk yang hendak diuji
(b)Senaraikan aras kemahiran yg hendak diuji
(c)Paksi menegak mengandungi tajuk yang hendak diuji dan paksi mendatar , jenis kemahiran yang diuji
(d)Gambaran tentang bilangan soalan dan aras kesukaran dalam satu ujian
(e)Merangka secara nyata bidang yang akan diuji

Langkah-langkah Pembinaan JPU
(a)Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji
(b)Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran
(c)Bina carta dua hala
(d)Tentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiran
(e)Tentukan bilangan item soalan mencukupi untuk mengukur pencapaian murid
(f)Semak semula jenis item/soalan yang telah ditetapkan samada menepati kehendak objektif kurikulum

DIMENSI DALAM JPU
1. Kandungan ujian – berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan, meliputi
i – skop atau kedalamannya
ii – bilangan item untuk setiap tajuk
iii – wajaran

2. Kemahiran – meliputi aras kemahiran yang diuji ( selalunya menggunakan teksonomi Bloom)

3. Jenis dan jumlah item – berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang mengambil ujian, jenis soalan ( samada item objektif, struktur atau esei ) dan aras kesukaran

4. Wajaran – peratusan item ikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk

5.Dalam konteks pendidikan di Malaysia kebanyakan ujian bilik darjah adalah berbentuk pencapaian iaitu ujian untuk menentukan setakat mana murid telah menguasai apa yang telah diajar. Oleh itu ujian mestilah bersifat ‘representative’ kurikulum sekolah

6. Aktiviti - Berdasarkan mata pelajaran tertentu bina JPU untuk ujian bulanan, ujian akhir semester dan ujian akhir tahun

Jenis Item Ujian
(a)Ujian objektif

(b)Ujian subjektif / esei

Item Ujian Objektif
(a)Calon dibekalkan dengan satu tugasan berstruktur yang menghadkan tindak balas dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas (respons) yang tepat
(b)Jawapan pendek berbentuk perkataan, angka atau frasa.
(c)Hanya satu jawapan yang betul
(d)Mengikut Gronlund ujian terbahagi kepada item yang memerlukan calon membuat pilihan yang diberi dan memberi jawapan yang diperlukan

Jenis-jenis item ujian objektif
(a)Item pilihan jawapan bebas
(b)Item pilihan jawapan tetap

Item pilihan jawapan bebas
(a)Memerlukan murid memberi jawapan bukan memilih jawapan yang diberikan
(b)Soalan boleh berbentuk soalan atau pernyataan tergantung
(c)Soalan berbentuk item jawapan pendek atau item melengkapkan
(d)Arahan yang diberi seperti isikan tempat kosong dengan …lengkapkan pernyataan berikut

contoh
Item jawapan pendek
i. Tuliskan dengan perkataan nombor 23
ii. Siapakah empat golongan yang dikecualikan daripada kewajipan
menunaikan solat Jumaat?
i. ____________
ii. ____________
iii. ____________
iv. ____________
Item jawapan melengkapkan
i. Haiwan yang memakan daging dinamakan __________
ii Tuliskan nama tarian tradisional negeri berikut
a. Johor __________
b. Perlis __________

Item pilihan Jawapan Tetap
(a)Item betul/salah
(b)Item memadankan
(c)Item pengelasan
(d)Item susun semula
(e)Item aneka pilihan

Item Aneka Pilihan
(a)Bentuk soalan
(b)Ayat tidak lengkap
(c)Jenis jawapan terbaik
(d)Jenis negatif
(e)Interpretif
(f)Cantuman

Soalan Objektif Aneka Pilihan
Mengandungi dua bahagian
- Stem – pokok soalan / tugasan soalan
- Opsyen - pilihan jawapan yg diberi
Pilihan mengandungi :
Kunci – jawapan yang betul
Pengganggu (distracktor) – bukan jawapan
Contoh: Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses
A pemeluwapan
B penyulingan
C pendidihan
D elektrolsis
Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses – stem
A,B,C,dan D – opsyen
A,B, dan C – pengganggu
D - jawapan

Stem Soalan
(a)Mungkin dalam bentuk soalan atau ayat tidak lengkap
(b)Jelas tugasan yang diperlukan/yang perlu dijawab oleh calon
(c)Tidak mengandungi sebarang bayangan (clues) jawapan
(d)Tidak mengandungi maklumat yang tidak berkaitan dengan tugasan soalan

Opsyen, Pengganggu dan Kunci
(a)Pilihan jawapan sama dengan stem soalan
(b)Tiap pengganggu mempunyai hubungan atau seragam
(c)Elakan memberi bayangan
(d)Elakan guna perkataan seperti semua di atas, tiada satu pun
(e)Elak mengulang maklumat yang sama
(f)Pastikan satu sahaja jawapan
(g)Susun kunci secara rawak dan bilangan seimbang untuk tentukan A,B,C/D

Jenis soalan Aneka pilihan - Bentuk soalan
Setiap pokok soalan berbentuk soalan diikuti dengan beberapa pilihan jawapan hanya satu daripada pilihan itu betul
Contoh:
Apakah alat yang digunakan untuk menentukan pH tanah?
A Ammeter
B Voltmeter
C Meter pH
D Multi meter

Ayat tidak lengkap
Setiap ayat yang tidak lengkap diikuti dengan beberapa pilihan. Satu sahaja pilihan yang betul.
Contoh :
Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah Melayu pada zaman
penjajahan British memberi kesan terhadap
A kemasukan buruh asing beramai-ramai
B industri membuat kereta berkembang pesat
C migrasi penduduk dari luar bandar ke badar
D industri perlombongan bijih timah berkembang pesat

Jenis Jawapan Terbaik
Setiap pokok soalan diikuti dengan beberapa pilihan. Semua pilihan ada kebenarannya tetapi bukan semuanya tepat. Hanya satu sahaja pilihan yang paling tepat atau terbaik
Contoh:
Apakah cara pemarkahan yang paling sesuai untuk memastikan ujian tersebut
mempunyai unsur keobjektifan yang tinggi?
A. Memeriksa soalan demi soalan
B Menanda kertas jawapan dengan berhati-hati
C memeriksa kertas jawapan demi kertas jawapan
D Menanda kertas jawapan berdasarkan Peraturan Memberi Markah

Soalan Item Negatif
Kesemua pilihan adalah betul keuali satu yang salah. Yang salah inilah yang tidak dikehendaki. Pokok soalan biasanya mengandungi perkataan seperti ‘kecuali’, ‘yang tidak benar’, ‘bukan’, dan ‘tidak’
Contoh:
Kelebihan ujian bentuk objektif adalah seperti berikut kecuali
A sesuai digunakan untuk ujian sumatif
B dapat menguji bidang kognitif yang lebih tinggi
C jawapan dapat diterima dengan cepat, tepat dan objektif
D boleh menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan fahaman
dengan berkesan

Soalan Item Interpretif
Soalan adalah berdasarkan rangsangan yang mungkin berupa peta, gambar rajah, jadual, graf atau petikan karangan
Contoh:
Berdasarkan rajah1 di atas, X adalah merujuk kepada
A internet
B perdagangan
C telekomunikasi
D pengangkutan

Jenis Cantuman/Gabungan
Soalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul. Murid dikehendaki mencantumkan jawapan menjadi satu sahaja jawapan yang betul
Contoh:
Antara berikut, manakah alat pengangkutan jalan air pada zaman dahulu?
I. Jong
II. Rakit
III. Perahu
IV. Kapal layar
A. I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


Cara Menulis item Aneka Pilihan
(a)Pokok soalan boleh ditulis dalam bentuk pertanyaan, atau ayat tidak lengkap
(b)Soalan hendaklah ringkas tetapi padat
(c)Pilihan jawapan juga perlu ringkas
(d)Pilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam struktur atau bentuk yang sama
(e)Pilihan jawapan tidak bertindih atau diulang
(f)Elakkan daripada menggunakan pilihan jawapan, semua di atas, tiada satu pun yg betul
(g)Pokok soalan tidak membayangkan jawapan

Aras Item Objektif
1. Item-item objektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza

2. Mengikut Bloom Teksonomi ada 6 aras, iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintisis dan penilaian.

Rujukan:
http://ulangkajiptk.blogspot.com/2010/06/pembinaan-item.html


Nota 3: 
Rujuk pautan dibawah

Pembinaan Item Ujian 1,
http://www.ipda.edu.my/OUMazman/Topic4.pdf

Pengukuran Pengujian,
http://amaljaya.com/guru/PengukuranPengujian/JPU.pdf

Pembinaan Item Ujian 2,
https://cikguamirul.files.wordpress.com/2011/08/pembinaan_item_ujian1.pdf

Ciri-ciri soalan item KBAT
http://babab.net/out/ciri-ciri-soalan-item-kbat.html

No comments:

Post a Comment