Thursday 20 August 2015

MEMO LADAP GURU

PERKARA: PERSIAPAN KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) MUALLIM MUALLIMAH SRI AL-AMIN BANGI
TARIKH: 21 OGOS 2015 JUMAAT

💐Berikut beberapa persiapan yang diperlukan oleh para muallim dan muallimah bagi memastikan kelancaran program LADAP kali ini:
1. Guru telah merujuk pautan http://muallim2u.blogspot.com/2015/08/sri-al-amin-bangi-ambil-inisiatif-anjur.html

2. Membawa bersama borang Jadual Spesifikasi Ujian (jsu) / Jadual Penentu Ujian (jpu) Subjek bagi setiap panitia. (disediakan oleh Panitia)

3. Silibus subjek masing-masing dan tidak bertembung subjek atau tahun yang sama bagi setiap guru. Diminta Ketua Panitia menyusun guru-guru dalam panitia berdasarkan subjek dan kelas yang berkenaan.
(Contohnya: Muallim Ahmad Fadhli-TKRS Darjah 5, jadi muallim Zul Hafifi walaupun mengajar TKRS Darjah 5 boleh bawa silibus & buat JSU subjek/darjah yang lain)

4. Guru subjek perlu mensasarkan topik  serta bentuk soalan bagi silibus subjek untuk dibuat soalan peperiksaan akhir tahun (Peperiksaan Penggal 2 ) 2015

5. Guru diminta merujuk set soalan peperiksaan akhir tahun 2014 bagi subjek masing-masing bagi tujuan analisa (Indeks Kesukaran Soalan)- Pihak UPP akan bantu untuk sediakan salinan

No comments:

Post a Comment